Sebagai pengacara Mohd_Annuar_Zaini

Beliau beberapa kali menjadi pengacara dan menemubual beberapa tokoh penting negara seperti Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di TV3 dan Menteri Penerangan yang baru Datuk Ahmad Shabery Cheek dengan gaya bersahaja. Gaya beliau menyoal cukup menarik walaupun beliau bukanlah seorang wartawan.

Sebagai penulis ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, peranan Annuar Zaini dipertikaikan oleh ramai penulis blog seperti RockyBru dan Jeffooi.

Maklumat dari blog menyatakan beliau pernah bersama-sama dengan Abdullah Ahmad Badawi dalam Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Annuar Zaini juga dikatakan rapat dengan Tan Sri Musa Hitam[perlu rujukan].